Tuesday, March 15, 2011

cerPen perTamaku seBagai stuDent baKat kreatiF..:)))


LUKA SEORANG WANITA

            Kadang-kadang hidup ini penuh dengan pelbagai perkara yang tidak disangka. Selalunya, apa-apa yang dirancang tidak semuanya menjadi kenyataan. Hidup juga adalah seperti roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita juga di bawah.
“Norli!” panggil ibuku. Tersentak aku dari lamunan yang semakin menerawang jauh entah tiada penghujungnya. “ Ya bu, kenapa?” jawabku. “ Buat apa lagi dalam bilik tu, turun la makan ni.” Ibuku memanggil.
            Namaku Norli dan aku adalah seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Sekarang ni, aku sedang dalam cuti sekolah dan baru seminggu aku berada di rumahku yang terletak di negeri Kedah. Pada mulanya, aku ingin saja menetap di rumahku tetapi aku membuat keputusan untuk pulang sahaja ke kampong halaman bagi menenangkan diri.
“ Kenapa ni Norli? Ibu tengok, semenjak kau balik ni, asyik muram saja. Kau ada masalah ke? “ ibuku bertanya sambil menghidangkan nasi dan lauk kari kepala ikan kegemaranku.
“ Tak ada apa-apa la bu. Cuma Norli agak letih sikit kebelakangan ini. Ibu jangan risau la ya? “ jawabku penuh yakin kepada ibuku. Ibuku pun menerima jawapanku itu dan terus masuk ke dapur.
            Aku sebenarnya berasa berat hati ingin menceritakan masalahku kepada ibuku kerana tidak mahu membebankannya. Masalahku ini biarlah aku sendiri yang menanggungnya. Aku sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Baharudin dan kami berkahwin atas dasar suka sama suka.
            Aku berasa amat bersyukur kepada-Nya kerana menemukan aku dengan Baha. Setiap hari yang aku lalui penuh dengan kebahagiaan walaupun kadang-kadang terdapat sedikit salah faham. Bak kata Allahyarham P. Ramlee dalam lagunya, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tiap masalah yang timbul, akan kami tangani dengan betul. Kami menolong antara satu sama lain dalam setiap perkara yang kami lakukan. Bagiku, Baha adalah suamiku, kawan baikku, kekasih serta penyeri hidupku. Sepanjang perkahwinan aku dengan Baha, dia amat mengambil berat terhadapku. Makan minumku dijaga dengan teliti. Kesihatanku tidak pernah terabai dan aku juga melakukan perkara yang sama terhadapnya.
            Suatu hari, aku mendapat satu berita gembira dari suamiku. Baha mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Master di Universiti Putra Malaysia. Aku menerima berita ini dengan penuh rasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya.
Aku berjanji kepada diriku, walau sejauh mana kami terpisah, akan aku jaga hubungan ini sebaik-baiknya. Tetapi, malangnya, janji hanya tinggal janji. Ketika baha berada di UPM, dia sudah rambang mata melihat wanita-wanita yang terhidang di depan matanya ketika itu.
“ Abang, semenjak abang masuk UPM ni, Norli rasa Abang semakin berubah. Kenapa ya? “ pernah sekali aku bertanyakan Baha soalan ini kerana aku perasan dengan perubahan sikapnya terhadapku.
“ Kenapa Norli tanya macam tu? Abang macam biasa la. Mungkin tekanan sebab assignment banyak agaknya.” Jawabnya sambil tersenyum kepadaku. Aku hanya mampu senyum kepadanya. “ Norli sayang kat Abang tahu. Sayang sangat.” Kataku kepadanya.
           
            Setelah sekian lama Baha dapat melarikan diri dari kesalahanya, akhirnya dia tertangkap jua. Ketika itu, aku dapat menangkapnya bermain kayu tiga ketika dia dan seorang wanita lain sedang bersiar-siar di shopping complex. Nama perempuan itu adalah Mona.
            Sakitnya hatiku pabila melihat Baha berlaku curang kepadaku. titisan air mataku  jatuh ketika melihatnya berkelakuan begitu. Matanya ketika itu memancarkan seribu kesedihan dan kesalan. Aku berasa lemah kerana tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu. Adakah aku seorang isteri yang tidak baik sehingga Baha sanggup mencari perempuan lain sebagai gantiku.
            Tetapi perkara itu tidak berlarutan kerana Baha datang merayu kepadaku untuk menerimanya kembali. Katanya, dia sudah insaf dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi. Pada mulanya aku berasa berbelah bahagi juga untuk menerimanya, tetapi masih ada lagi sekelumit kasih sayangku kepadanya maka aku telah membuat kata putus untuk menerimanya.
            Perkara hitam dalam hidupku itu makin lama makin dilupakan. Hubunganku dengan Baha berjalan seperti biasa. Malah, dia melayan aku dengan lebih baik daripada dahulu. Aku berasa amat bahagia sekali. Tidak lama selepas itu, aku disahkan mengandung.
“ Abang, Norli ada benda nak bagitahu abang ni.” Kataku kepada Baha sambil tersenyum.
Baha memandang Norli “ Apa yang Norli nak bagitahu abang ni? Sengih sampai ke telinga tu.” Jawab Baha dengan nada memerli.
“ Norli mengandung bang! Baru pagi tadi Norli pergi ke klinik buat medical checkup.” Jawabku kepada Baha penuh rasa girang.

Riak wajah Baha berubah serta merta. Riak wajahnya antara gembira dan risau.           “ Yeke Norli? Alhamdulillah. Kenapa sekarang baru bagitahu abang?” Satu ciuman singgah di dahiku. Betapa bahagianya aku rasa ketika itu. Tetapi tidakku tahu dugaan besar yang akan melandaku pada masa hadapan nanti.
Selama tempoh aku mengandung, Baha melayanku dengan penuh rasa sabar dan tidak pernah merungut. Segala kerenahku dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Rupa-rupanya segala kebaikannya ada udang di sebalik batu.
Pada suatu hari, kawan baikku Ina datang ke rumahku membawa berita yang tidak kusangka dan amat menyentap seluruh jiwa ragaku.
“ Norli, aku ada benda nak beritahu kau ni. Tapi kau mesti tabah ya?” kata Ina kepadaku.
“ Apa yang kau hendak beritahu aku ni Ina?” jantungku berdegup kencang menunggu jawapan dari Ina.
            Dengan nada suara yang perlahan Ina meluahkan bait-bait perkataan yang amat memberikan kesan yang mendalam kepadaku. “ Tadi, ketika aku tengah makan tengah hari di The Curve, aku ternampak kelibat Baha dengan seorang wanita berpegangan tangan. Serius aku tak tipu.” Jawab Ina dengan riak wajah yang serius.
            Itu sahaja yang aku perlu dengar dari Ina dan tidak kusangka Baha masih dengan perangai lamanya lagi. Ketika Baha pulang malam itu, aku mula menanyakannya soalan secara bertubi-tubi dan akhiranya dia mengaku jua. Paling aku tidak sangka adalah pabila Baha memberitahuku bahawa dia ingin berkahwin lagi satu dan orangnya adalah wanita itu yang bernama Fida.
           
“Norli!” panggil ibuku. Tersentak aku dari lamunan. Kenapalah nasibku menjadi begini fikirku. Sekarang aku dalam proses meminta cerai dari Baha dan aku bertekad yang aku akan cuba mulakan hidup baru bersama anak perempuanku yang baru lahir iaitu Aina. Kami akan cuba mencari tempat di duna ini tanpa kehadiran insan yang bernama lelaki.



kalau rajin tu, komen2 la ye..:))
.
           






2 comments: