Wednesday, March 30, 2011

yoU..I saKit...

                                saya rindu perkataan nie...
                              
                                                        you...:( i sakit...

  dulu-dulu kalau si dia sakit or nak sakit mesti aku akan dapat this message dari si dia..

   then secara automatiknya aku akan jadi doktor merangkap health advisor untuk si dia..:)) describekan ubat..check time dia makan ubat..call her every 1 to 2 hours..senang citer cam personal doktor lah..:))

but....

  sekarang dah tak dah..huu...sometimes aku tak tawu pun si dia tu sakit..kadang-kadang bile call baru dapat tawu..or maybe worse dah dua tiga hari sakit baru dapat tahu..

because....

   si dia cakap si dia adalah seorang wanita yang independent..and she have to be independent..tak boleh nak blame si dia jugak..maybe kalau si dia independent, si dia akan lagi senang..

tapi.....

   dah lama aku jadi personal doktor yang menganggur..:)) use to be somebody for her dulu..

and....

   nak si dia tawu...  i always be there for you..if you need me, just call or text..i'll be there..yeap..i'll be there..:)) 


 haish...rindu...*mata redup sambil pandang ke luar tingkap* :))

Sunday, March 27, 2011

i.......W.O.N.D.E.R...

 sometimes aku selalu terpikir...

                apa perasaan orang yang kena treat cam tissue..

  kadang2 aku try gak buat konklusi sendiri..but tak dapat nak cari jawapan..till aku jumpa sorang member aku nie..dia kata orang layan dia cam tissue

layan macam tissue tu maksudnya: orang akan cari korang bila korang diperlukan..and akan ignore korang bila korang tak diperlukan..eventhough korang member..


simpati aku kat member aku sorang nie..sampai aku sendiri dapat rasa betapa peritnya benda yang dia lalui nie..walaupun aku sekadar mendengar..     


kepada member aku tu..chill k bro..maybe akan ada benda baik untuk ko ke depan nanti..


p/s: and for orang yang treat others like a tissue..think this way..semua orang ada feeling..semua orang should be treated fairly..and cuba korang berada di situasi orang yang korang buat tu..dia dah penat lelah tolong korang time korang memerlukan..at least show that you appreciate it..jangan just time perlu orang tu..baru cari..other than that..korang just ignore je..dia still kawan korang ok..aite..

 

Friday, March 25, 2011

miNor yang memEningkan...

    sekarang dah minggu ke 11..next week dah minggu ke 12...aku masih confius nak pilih minor yang aku nak amek..

      hospitality...                translation and interpretation...

  setelah ditambah tolak dari list, tinggal la dua choices nie..which one yang patot aku amek???

     hmmm....kadang2 benda nie pun dah memeningkan kepala untuk pikir..so, kita tengoklah nanti camne outcome dia...:)) 

Monday, March 21, 2011

evEnt and weeKend

     weekend paling havoc ke this week? :))

maybe yes...or maybe not..or both..

    start hari sabtu aku gerak gi uitm melaka balik..sebab Ain ada event..aku dah janji ngan dia pasal event dia ni semenjak kitorang still part 1 lagi..time tu, kitorang just jadi guest pegi event part 4 lain..bile dah dia part 4, dia lak yang kena wat event..so, janji tetap perlu ditunaikan..:)
     
       aku sampai je melaka dah pukul 3 camtu..masuk je uitm dorang dah nak abes wat kejer..'memang tak ar citer die' aku tak tolong kan? so, aku pun meringankan tulang menolong dorang set up tempat..
     nak kata tak tolong..dah tolong...tapi ada je tak pueh hati..

camni citer die...

    lecturer ain nie mula2 tak kenal aku..then bile dah dia tawu kawan ain..dia pun ok la..nak dijadikan citer,time aku wat keje jer..dia ada..so, dia pun ter'puji' la aku..haha.. Ain nie plak panas jer dengar lecturer dia puji aku..so keluar la statement mahal dari mulut dia..

          "nasyrul hakim, tak payah nak tunjuk rajin kat sini..i tawu u sape..kat rumah mana ada camni..suruh orang lain je buat kejer"

  dush...!! 'memang tak ar citer die' kena camtu..fyi,aku nie kalau rajin, rajin betul taw..kalah orang lain kalau aku semangat wat kejer...take note ye siti norain..:)) hee

   dah kena puji tu, lebih bersemangat ah aku wat kejer..kan...dah abes sesi petang..malam plak...aku lak yang excited sal event nie..by the way..my bb nie jadi usher...usher ke~ hee..baca citer selanjutnya..start event kul 8.30..dah 8.15 camtu,budak2 OM dah berpusu-pusu datang (OM adalah office management bukan olympic marseille ye) aku tolong kat pendaftaran mula2..tapi..tak sangka lak ada lecturer yang tak pueh hati..dia tu penilai..so dia kenal la budak2 OM nie..nak dijadikan citer..ada ura2 mengatakan group Ain akan kena tolak markah sal aku..perghhh..!! 'memang tak ar citer die'
          
        so Ain datang kat aku and suruh aku masuk dok dalam je..hmm..yela..time tu ase bersalah giler kot...tak memasal kena tolak markah..tibe2 lecturer event kelas Ain lak kata its ok kalu nak tolong..aik?? poning..! jadi aku decide just dok saja..hee..
        
         mula la majlis..overall okay la majlis dorang nie..worth it la..dengan set upnye..tapi slack theater la sikit...tak dengar..ending majlis ngan budak2 showdown plak..overall..boleh bagi two thumbs up la..:))
         
        Ain usher?? ha...nie nak citer nie..nak kata aku tak paham istilah usher..'memag tak ar citer dia' kan..tapi kalau hanya berdiri tanpa buat pape kira usher ke? ke stander je? hee..jangan marah ye bb..gurau je..:)) tapi itulah yang terjadi..Ain dok atas tu tercangak je..aku lak yang heran ngan tugas dia..tapi malam tu dia cantik sangat..aku suka tengok..:)) jadi dok lah lama2..tak kesah..:))
        
         pas abes je event..kitorang start mengemas..best doe time nie..bayangkan ko orang luar..tapi orang terima cam bukan orang luar..happy kot..actually,budak2 kelas memang dah kenal aku..berkepit jer 24/7 time asasi dulu..hee..:))
        
         abes jer semua..ingat boleh spend time ngan Ain.tapi dia plak letih..although hati memberontak nak spend time ngan dia..tapi..terpaksa memahami keadaan dia..so, im being understanding just for her sake..:))

      hari kedua..hari ahad..aku malam tu tido dalam keter je..tapi ok la kan dari tido merata tempat..pagi2 je dah bangun stadi..sebab aku ada exam..ain janji nak bangun kul 9..so, aku harap sangat dia bangun kul 9..sebab kul 12 lebih aku dah nak kena gerak..aku nak spend time ngan dia..

   tepat kul 9 mesej masuk..tanya aku kat mana..happy oh time tu..sebab dia tepati janji plus aku nak spend time ngan dia..:)) kitorang last2 end up kat kfc..kononnya nak buat assignment..tapi...sembang je lebih..assignment entah ke mana...hee..time tu gak dia belikan aku kek birthday..
   
          terharu aku time tu..although tak seberapa kata dia..bukan secret recipe..tapi bagi aku..itu dah cukup..at least dia ingat..walaupun birthday dah lepas..aku tak perlu apa2..just my siti norain je untuk birthday present..dah memadai..:)) tq bb sebab belikan cayunk kek..walaupun dia yang makan lebih kan...:))
  
          apa aku nak kata last dalam post nie..aku suka bila aku dapat spent time ngan dia..aku suka bila aku dapat attention dia..aku suka bila dia hepy aku ada..itu menunjukkan dia still ingat aku..:))

p\s: memang tak ar citer dia tu adalah ayat trademark Ain semenjak dua menjak nie..:))

zaman muda mudi part 2

usher nie..:))

my birthday cake..tq BB..))

nampak tak? dia yang makan lebih...:))

Tuesday, March 15, 2011

cerPen perTamaku seBagai stuDent baKat kreatiF..:)))


LUKA SEORANG WANITA

            Kadang-kadang hidup ini penuh dengan pelbagai perkara yang tidak disangka. Selalunya, apa-apa yang dirancang tidak semuanya menjadi kenyataan. Hidup juga adalah seperti roda, kadang-kadang kita di atas, kadang-kadang kita juga di bawah.
“Norli!” panggil ibuku. Tersentak aku dari lamunan yang semakin menerawang jauh entah tiada penghujungnya. “ Ya bu, kenapa?” jawabku. “ Buat apa lagi dalam bilik tu, turun la makan ni.” Ibuku memanggil.
            Namaku Norli dan aku adalah seorang guru di sebuah sekolah yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur. Sekarang ni, aku sedang dalam cuti sekolah dan baru seminggu aku berada di rumahku yang terletak di negeri Kedah. Pada mulanya, aku ingin saja menetap di rumahku tetapi aku membuat keputusan untuk pulang sahaja ke kampong halaman bagi menenangkan diri.
“ Kenapa ni Norli? Ibu tengok, semenjak kau balik ni, asyik muram saja. Kau ada masalah ke? “ ibuku bertanya sambil menghidangkan nasi dan lauk kari kepala ikan kegemaranku.
“ Tak ada apa-apa la bu. Cuma Norli agak letih sikit kebelakangan ini. Ibu jangan risau la ya? “ jawabku penuh yakin kepada ibuku. Ibuku pun menerima jawapanku itu dan terus masuk ke dapur.
            Aku sebenarnya berasa berat hati ingin menceritakan masalahku kepada ibuku kerana tidak mahu membebankannya. Masalahku ini biarlah aku sendiri yang menanggungnya. Aku sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Baharudin dan kami berkahwin atas dasar suka sama suka.
            Aku berasa amat bersyukur kepada-Nya kerana menemukan aku dengan Baha. Setiap hari yang aku lalui penuh dengan kebahagiaan walaupun kadang-kadang terdapat sedikit salah faham. Bak kata Allahyarham P. Ramlee dalam lagunya, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Tiap masalah yang timbul, akan kami tangani dengan betul. Kami menolong antara satu sama lain dalam setiap perkara yang kami lakukan. Bagiku, Baha adalah suamiku, kawan baikku, kekasih serta penyeri hidupku. Sepanjang perkahwinan aku dengan Baha, dia amat mengambil berat terhadapku. Makan minumku dijaga dengan teliti. Kesihatanku tidak pernah terabai dan aku juga melakukan perkara yang sama terhadapnya.
            Suatu hari, aku mendapat satu berita gembira dari suamiku. Baha mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Master di Universiti Putra Malaysia. Aku menerima berita ini dengan penuh rasa gembira dan bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya.
Aku berjanji kepada diriku, walau sejauh mana kami terpisah, akan aku jaga hubungan ini sebaik-baiknya. Tetapi, malangnya, janji hanya tinggal janji. Ketika baha berada di UPM, dia sudah rambang mata melihat wanita-wanita yang terhidang di depan matanya ketika itu.
“ Abang, semenjak abang masuk UPM ni, Norli rasa Abang semakin berubah. Kenapa ya? “ pernah sekali aku bertanyakan Baha soalan ini kerana aku perasan dengan perubahan sikapnya terhadapku.
“ Kenapa Norli tanya macam tu? Abang macam biasa la. Mungkin tekanan sebab assignment banyak agaknya.” Jawabnya sambil tersenyum kepadaku. Aku hanya mampu senyum kepadanya. “ Norli sayang kat Abang tahu. Sayang sangat.” Kataku kepadanya.
           
            Setelah sekian lama Baha dapat melarikan diri dari kesalahanya, akhirnya dia tertangkap jua. Ketika itu, aku dapat menangkapnya bermain kayu tiga ketika dia dan seorang wanita lain sedang bersiar-siar di shopping complex. Nama perempuan itu adalah Mona.
            Sakitnya hatiku pabila melihat Baha berlaku curang kepadaku. titisan air mataku  jatuh ketika melihatnya berkelakuan begitu. Matanya ketika itu memancarkan seribu kesedihan dan kesalan. Aku berasa lemah kerana tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu. Adakah aku seorang isteri yang tidak baik sehingga Baha sanggup mencari perempuan lain sebagai gantiku.
            Tetapi perkara itu tidak berlarutan kerana Baha datang merayu kepadaku untuk menerimanya kembali. Katanya, dia sudah insaf dan tidak akan melakukan perkara yang sama lagi. Pada mulanya aku berasa berbelah bahagi juga untuk menerimanya, tetapi masih ada lagi sekelumit kasih sayangku kepadanya maka aku telah membuat kata putus untuk menerimanya.
            Perkara hitam dalam hidupku itu makin lama makin dilupakan. Hubunganku dengan Baha berjalan seperti biasa. Malah, dia melayan aku dengan lebih baik daripada dahulu. Aku berasa amat bahagia sekali. Tidak lama selepas itu, aku disahkan mengandung.
“ Abang, Norli ada benda nak bagitahu abang ni.” Kataku kepada Baha sambil tersenyum.
Baha memandang Norli “ Apa yang Norli nak bagitahu abang ni? Sengih sampai ke telinga tu.” Jawab Baha dengan nada memerli.
“ Norli mengandung bang! Baru pagi tadi Norli pergi ke klinik buat medical checkup.” Jawabku kepada Baha penuh rasa girang.

Riak wajah Baha berubah serta merta. Riak wajahnya antara gembira dan risau.           “ Yeke Norli? Alhamdulillah. Kenapa sekarang baru bagitahu abang?” Satu ciuman singgah di dahiku. Betapa bahagianya aku rasa ketika itu. Tetapi tidakku tahu dugaan besar yang akan melandaku pada masa hadapan nanti.
Selama tempoh aku mengandung, Baha melayanku dengan penuh rasa sabar dan tidak pernah merungut. Segala kerenahku dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Rupa-rupanya segala kebaikannya ada udang di sebalik batu.
Pada suatu hari, kawan baikku Ina datang ke rumahku membawa berita yang tidak kusangka dan amat menyentap seluruh jiwa ragaku.
“ Norli, aku ada benda nak beritahu kau ni. Tapi kau mesti tabah ya?” kata Ina kepadaku.
“ Apa yang kau hendak beritahu aku ni Ina?” jantungku berdegup kencang menunggu jawapan dari Ina.
            Dengan nada suara yang perlahan Ina meluahkan bait-bait perkataan yang amat memberikan kesan yang mendalam kepadaku. “ Tadi, ketika aku tengah makan tengah hari di The Curve, aku ternampak kelibat Baha dengan seorang wanita berpegangan tangan. Serius aku tak tipu.” Jawab Ina dengan riak wajah yang serius.
            Itu sahaja yang aku perlu dengar dari Ina dan tidak kusangka Baha masih dengan perangai lamanya lagi. Ketika Baha pulang malam itu, aku mula menanyakannya soalan secara bertubi-tubi dan akhiranya dia mengaku jua. Paling aku tidak sangka adalah pabila Baha memberitahuku bahawa dia ingin berkahwin lagi satu dan orangnya adalah wanita itu yang bernama Fida.
           
“Norli!” panggil ibuku. Tersentak aku dari lamunan. Kenapalah nasibku menjadi begini fikirku. Sekarang aku dalam proses meminta cerai dari Baha dan aku bertekad yang aku akan cuba mulakan hidup baru bersama anak perempuanku yang baru lahir iaitu Aina. Kami akan cuba mencari tempat di duna ini tanpa kehadiran insan yang bernama lelaki.



kalau rajin tu, komen2 la ye..:))
.
           






Friday, March 11, 2011

i lOve yOu on youR bf/gf phoNe's caLendar

dalam post aku pagi-pagi buta nie, aku nak share something ngan korang semua...

pernah tak korang set any notes on your loved ones phone's calendar?

i mean..kata-kata perangsang..reminder..or maybe just a simpe i love you?    tak pernah?  kalau tak pernah, you should give it a try..:))

just nak citer pengalaman lalu..aku first time terkeluar idea nak letak notes dalam calendar nie time second sem aku kat uitm..time tu dah dekat2 nak habis asasi kat situ..and yang paling sedih..aku ngan gf aku akan berjauhan pastu..:((
so this one time, kitorang tengah stadi kat foyer..(dua2 stadi, tapi dia dapat ilmu, aku dapat ilmu dia..haha) and aku pun amek la henset dia..time tu dia pakai sony ericsson w... ape tah..warna pink..:)  and open calendar..first thing aku tulis adalah i love you baby... and aku set time dia malam tu..balik je bilik, aku dapat fon call..

"you,nape u setting camni,nak bagi i sedih ke?"

  time tu aku senyum je..aku cakap..aku just nak dia tawu yang aku sayang dia hari2, tapi aku set benda tu untuk nak gtau dia yang aku sayang kat dia..:)

jadi setelah satu notes yang aku set up untuk dia tu..aku akan set up notes every week untuk dia..saja...aku nak buat camtu..aku set notes tu sampai kitorang akan jumpa balik..:)
yang best nye, tanpa aku sedar..dia pun ada set notes dalam henset aku..(tiru..!) tapi just nak gtau korang..notes nie walaupun nampak remeh, tapi benda nie la orang panggil bits in a love relationship..bayangkan korang tak penah check calendar, then ada reminder keluar

     i love you..            i miss you..      cayunk love u lot..!

    bile na jumpa..windu..   lebiu cyunk..  cayunk,jangan lupe i..

tak rasa bahagia ke..time tu..semua benda rasa indah dan best..:)

sebagai penutup post kali nie..korang try la kat korang punye loved one..its gonna be fun.. trust me..:)

aku pun dah lama tak buat benda2 macam ni ngan dia..rindu nak buat benda nie balik..huhu.. 

Tuesday, March 8, 2011

kaLau cinTa...:))

nothing to say in this new post..just wanna post a lyrics from aliff aziz feat joanna-kalau cinta...quite catchy and yet meaningful as well..

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta
Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu
Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

hayati lirik dia betul-betul peeps..:))

Monday, March 7, 2011

sayA suKa awaK biLe awaK adaLah aWak..:))

happy...:))
          
         satu perkataan ni aje yang perlu untuk describe feeling aku kelmarin.. kerana kelmarin si pojaan hati datang ke upm untuk jumpa ngan aku..secara jujurnya, kelmarin aku tak letak harapan tinggi dia akan datang, sebab aku takut aku yang akan frust nanti.. tapi, benda yang aku nak sangat jadi dah terjadi..


     dia datang..!!! :))

          perasaan time dia sampai tu,tak dapat nak describe..kitorang dah lama tak jumpa..hampir 3 minggu..last2, jumpa gak..dia datang ngan dua org kawan dia mimie ngan bell..mula2 kitorang lepak kat mines..nak pilih tempat makan pun susah..chicken rice shop? masuk..tapi..keluar.. nando's? masuk..tapi..keluar..kenny roger's? masuk..keluar? nak kena..! haha..last2 makan kat situ je..

         pas kitorang makan tu,nak tengok movie..tapi..masing-masing tengah takde duet sangat, jadi terpaksa batalkan niat tu..ok..fine..then time pegi putrajaya, aku nak jalan2 ngan dia kat souq, tapi dia tanak n kawan2 dia pun tanak..ok fine..tapi deep inside me..aku nak spend time ngan dia just the two of us..seriously..sebab bila aku ngan dia, aku suka jadi diri sendiri..rindu benda tu..maybe the time will come, who knows?

        actually atas ni just mukadimah..hee..aku just nak share something yang aku realise kelmarin..wanna know what? 


aku rase, aku tak penah puji dia seperti orang lain akan puji dia..seriously.. :( dia selalu tanya aku


"you, eyeliner i cantik tak?" dan aku akan jawab "boleh la/biasa je"


"you,lawa tak baju i?" dan aku akan jawab "ok je/lawa2"


konklusinye, dia selalu tanya aku pasal diri dia..but aku rase jawapan yang aku bagi amatlah tak bagus..:(


sampai satu tahap..bila aku puji dia ikhlas, aku akan dapat jawapan macam ni..


"you,lawa la u hari nie" dia akan jawab "dah la u, takyah nak perli i/tipulah u, i kan tak cantik"


       entah la..aku pun tak paham kenapa aku tak boleh nak puji dia cam orang laen..for example.."ain,u look cute/ain,lawa ek baju/ain,hotties siot.. contoh2 yang aku rasa orang akan puji dia especially lelaki..


    benda nie kadang2 aku regret..:(


tapi aku just nak dia tawu..


   you,u selalu tanya i u ok ke tak..u capuk ke tak..baju lwa ke tak..


    n if jawapan i macam tak memuaskan n mengecewakan u..


   i nak u tawu sumthing pasal i..i bukan jenis orang yang selalu nak puji unless i mean it sincerely..but cara i tunjuk i notice about u is by i menyakat


    you,you tembam..dah besar ha sekarang..rambut macam ulat..asal eyeliner cam opera jepun..


   semua benda kat atas nie, not a regular thing..this is how i show i notices bout u..becoz i tak tawu nak compliment u in a normal way..and im sorry..


  one more thing i nak u tawu..whatever it is..i like you for who you are..not about how you make up, how you done your hair and how your cloth is..


     i fall for you because of your dalaman...
     and plus luaran gak kan..hee..


     i like it when you are who you are...    siTi noRain..



  sebagai penutup post kali nie, aku nak tunjuk kat korang siapa gadis yang dah berjaya buat aku tulis panjang2 nie..and untuk dia..



           i love you..    and ....i love you sincerely...:)



dalam uitm












get it time cuti semester




always like to take picture of her when 3G-ing





 

Saturday, March 5, 2011

UKM PaintBAll oPen

panzer blitz nama diberi
bermaksud serangat kilat dari besi
dirasmikan hari ini..
pukul 7.30 pagi kami dah tercangak dekat padang ukm sebab kononnya ada briefing..last2 kul 9.30 pagi baru start..perghhh..lama kot tunggu..nasib la kitorang sempat breakfast kat kedai mamak kajang..tapi bungkus je la sebab tetibe lak briefing dah nak mula.. time kitorang sampai, memang terlopong la..sebab kebanyakan team yang ada semua bawak equipment masing-masing..dah cam tournament besar lak..tapi takpe..semangat tu penting..!!
selepas cabut undi, kitorang digroupkan dengan team pku upm, team chinese ukm dan team all girls...di bawah ni result kitorang time group stage..
panzer blitz vs chinese ukm-won
panzer blitz vs fogger killers-lost
panzer blitz vs all girls team- won
dalam banyak2 game nie...game first aku survive sebab marker jam..haha..jadi la sebagai decoy..second game kalah kena tembak kaki..sakit oo..third game menang tanpa mati..haha..panzer blitz terbaek time tu..
masuk je best of 16 kitorang jumpa patenza legion a.k.a team sport recreation uitm..time nie jangan citer la..first game aku kena head shot dua kali..second game kalah sebab keluar dari line (time tu bajet nak buat cam romeo must die) tapi apa-apa pun, hari ini memang terbaek team panzer blitz..semakin improve..kitorang plan nak join lagi tornament pasni..sebab alang-alang dah ada team..continue je la..kan...anyway, credit to semua yang terlibat seperti aslam,akram,falique,monat,syafiq,jepa,rafiq,abang amir dan kawan nye..
tempat pertempuran


Para pemain



mask-mask yang diberi..

marker yang digunakan

P.M.A.

apa itu P.M.A?
ni nak citer nie..tadi aku kuar lepak ngan member aku mosh kat syed bistro..mula-mula kitorang lepak ngan member mosh dulu sebab dah terjumpa..luncai..alih-alih acai nye partner tu kawan aku time sekolah..so kitorang berempat pun dok la semeja..sambil bertemankan mee mamak dan bergelas-gelas teh tarik mosh ngan luncai bukak citer pasal ragbi..aku pun ngadap la dengar,da member bukak citer..best gak dengar citer budak2 nie..lepas je luncai dan member aku tu balik..aku pun open citer kat mosh kes aku kena kat KPZ dua tiga hari lepas..korang takyah tawu la kes apa..tapi secara konklusinya, dia cakap kat aku..

1) aku kena jaga emo aku..baru ley berjaya
2) apa2 aku buat,itu keputusan aku sendiri.takde orang boleh buat untuk aku
3) satu keputusan leh mengubah hidup aku
4) cara kita, kadang2 orang takleh terima, jadi kalau nak berjaya,kena ikot frekuensi orang tu..
5) tak semua orang paham kita

last but not least..amalkan P.M.A iaitu positive mind attitude..
   dalan hidup,ko pegang PMA nie, k0 takkan kecundang...sebab fikiran yang efek tindakan kita..kalau kita positif..semua benda positif..

anyway, tq mosh atas nasihat ko..aku akan try untuk ikot nasihat ko..:))

KEMURI - P.M.A(Positive Mental Attitude)

Friday, March 4, 2011

Blog oh Blog

tarikh last aku blogging adalah pada tanggal 29 september 2010..tak lama plak en..actually hari ni aku menulis balik atas dorongan someone yang amat special dalam hidup aku ditambah plak dengan faktor aku baru jumpa balik password blog aku ni..haha..ermm..tade banyak benda yang nak cakap hari ini..sebab takde topik yang menarik untuk diperkatakan..insyaAllah, lepas-lepas ni banyak topik yang menarik akan menyusul..:) ciao..